Assalamualaikum,
pada 14/02/2018 yang lepas, aku dan Zue ke KipMall, Bangi untuk baiki cermin mata aku. Sekali tersasar masuk Guardian..hahahaa..
Dari nak beli satu barang, tertambah banyak barang.
Grand total : RM55.25
1. Guardian Cotton Pad : RM10.88
2. Aiken Pimple Cream : RM10.62
3. Aiken Tea Tree Oil : RM15.21
4. Garden of Eden Rosa T Mild Cleanser : RM18.54
Mulanya nak beli cotton pad je, bila lalu di rak yang ada produk Garden of Eden, terkejut aku Rosa T Mild Cleanser ada less. Sebelum ini aku beli RM20.60. Terus aku capai sebab produk Garden of Eden susah sikit nak ada less dan kalau less pun tak sampai 50%. I love it. Harap sangat berkesan untuk oily and acne prone skin type macam aku ni.
Lalu pula dekat rak produk Aiken, aku tertarik tengok kesemua produk Aiken sebab ramai cakap memang menjadi. Means parut jerawat makin pudar dan jerawat susah da nak naik. Tengah syok tengok, tetiba ada pharmacist tegur aku and cakap Aiken memang elok. Dia tengok muka aku then dia cakap, aku memang sesuai... so 'terpaksa' lah beli..
Apa yang aku beli, akan aku kasi review beberapa minggu or bulan selepas aku try okay. Mana ada harini pakai, esok kasi review. pelik. haha
No comments:
Post a Comment