It's all about drugstore's skin care and make up addicted !

Thursday 15 February 2018

[Haul] CNY Sales 2018 Guardian & Watsons.

 Assalamualaikum,

I am so tired today. Habis kelas pukul 2 petang tadi, aku, Zue dan Zati terus naik bas ke KTM UKM then menuju ke Mid Valley. Niat asalnya nak teman Zati yang nak shopping di Guardian dan Watsons, alih-alih aku pun terjebak sama sebab both drugstores ada sales sempena CNY.



plastik kecil pun tapi still habis seratus lebih..aiyoyoyo.. tapi jimat berganda-ganda la sebab sales besar-besaran.


Ini lah hasil 'menjala' di Guardian dan Watsons. Grand total ialah RM123.46 !

Jom zoom satu persatu starting from Watsons.


Dekat Watsons, aku habiskan RM82.97. Semua ni ada sale 20% 30% 50%

1. Maybelline The Powder Mattes (Touch of Nude) : RM20.93

2. Zact Whitening Toothpaste : RM6.80

3. Revlon ColorStay Make Up (Nude 200) : RM37.95

4. Biore Cleansing Oil : RM17.29




I love this colour so much. Guardian Sales Cosmetics 50% haritu aku tak sempat beli sebab dah habis. Walaupun tak semurah sales haritu, at least ade jugak beberapa % less.


Foundation by Revlon ni actually dah lama gila aku usha tapi tak terbeli. Ternyata ade sebab asyik tertangguh, rupanya hari ini hari yang patut aku beli. Bayangkan dari harga RM75.90, and now RM37.95 !!!


Biore Cleansing Oil ni kali kedua aku beli. Kali pertama beli RM14.76 di Guardian pada 02/02/2018 sempena skin care sales. Kali ini mahal la sikit tapi still murah dari harga asal, RM24.++ ! First time aku pakai, dah jatuh cinta ! sebab tu kena buat stok awal-awal nanti menyesal.


Macam mana aku boleh beli Zact Whitening Toothpaste ? 3 hari lepas, Abah ada pesan minta tolong belikan this toothpaste. Aku terkejut la sebab setahu aku, Zact adalah ubat gigi untuk perokok tapi Abah bukanlah perokok.. Rupanya Abah cakap, ada 2 jenis Zact Toothpaste. Untuk perokok dan untuk orang yang hantu caffeine. Abah cakap, ade promoter yang suggest ubat gigi ni kalau nak gigi putih. Not bad.


Aku try pakai dalam beberapa minggu, kalau ada masa, aku buat review. betul ke gigi jadi putih...? Wait and see.

Okay, next kita zoom barang yang aku beli di Guardian.


Aku habiskan duit aku di Guardian sebanyak RM40.49

1. Simple Wash Gel : RM17.76

2. Guardian Rejuvenate Spa Bath Scrub : RM9.67

3. Biore UV Protection 50+ : RM13.06


I love Simple Facial Wash Gel. Ini adalah pembelian kedua. Kali pertama aku beli pada 20/01/2018 harga RM15.70 lagi murah dari aku beli hari ini tapi hari ini still promosi.


Bukti beli kali kedua. Yang pertama da nak habis..

Mesti korang tertanya-tanya, banyak gila cleanser aku kan? Nanti aku akan buat entri lain (insyaAllah bila rajin) pasal cleanser.


This sunscreen sesuai untuk oily skin type macam aku. Sebelum ini aku beli yang Biore perfect milk yang warna biru tapi yang tu mahal sikit compared this. Lagipun nak try mana yang paling okay untuk kulit muka aku. Kalau yang murah lagi okay, buat apa laburkan duit beli yang mahal. ye dok ?


Aku da lama nak beli scrub badan tapi tertanguh-tangguh dan ini lah masanya beli Guardian Rejuvenate Spa Bath Scrub. Harga murah gila sebab promosi.

penat sebenarnya bila selalu mengejar promosi di drugstor tapi ini adalah hobi aku..hahaha..kadang-kadang aku berdoa biar jarakkan sikit tempoh promosi so that aku sempat cekau duit. bertabahla nak..haha


 Tired but happy face..

1 comment: