It's all about drugstore's skin care and make up addicted !

Friday 9 February 2018

[Haul] Guardian All Cosmetics Save 50% (8th-11th Feb 2018)

 Assalamualaikum,

I'm pretty sure that all the girls out there are currently crazy with Beauty Days by Guardian including me..ahahaha..

Ceritanya bila aku scroll Twitter pada Rabu malam then kecoh kata Guardian ada buat sales 50% untuk semua barang kosmetik. Aku terus menggelabah dan berdebar mengharapkan dapat join gadis diluar sana serbu Guardian.

Dari page Guardian Malaysia
Untungnya aku dapat seorang kakak yang memahami jiwa. Aku kasi hint sekali je, dia terus on. So, Khamis, 8.00 malam kakak aku bawa pergi KBMall semata-mata nak serbu Guardian.

Mula-mula sampai, tak ramai lagi orang. Bila da nak sejam berlalu, makin ramai orang serbu area barangan kosmetik.


Memang mabuk nak pilih. Bayangkan lahh hampir semua 50%. Tapi aku da ingatkan diri aku, aku hanya boleh laburkan RM50 SAHAJA!! Not more than that. pandai-pandai lah pilih yang terbaik. 

My kakak
Kakak aku pun sama naik hantu. Kitorang saling beri pendapat yang mana terbaik. Nak pilih pun susah since orang makin ramai. Bayangkan hari pertama pun barang da nak habis.

Normal lah kan kalau tengok tangan perempuan macam ni. calit sana sini..hahahaa..

So, setelah sejam lebih bertapa di Guardian, maka, aku laburkan RM50.25 ! Lebih 25sen. Okay, dimaafkan..hahahahaa


Inilah pilihan aku. Maybelline Super Curl je yang aku selalu pakai. Yang lain tu semua first time nak guna. Actually Catrice products adalah produk yang tak pernah aku guna sebelum ini. Tapi since dalam Twitter kebanyakannya diorang share betapa best-nya Catrice, so why not aku cuba. 

So, this is the price lists after 50% discount :

1. Maybelline Super Curl : RM13.95

2. Catrice Lash & Brow Gel : RM8.45

3. Catrice Highlight Pen : RM10.45

4. Catrice Highlight Eyeshadow : RM7.95

5. Catrice Concealer : RM9.45



I love this Catrice Highlight Pen. Dia punya pigmentation tu memang toooorbaikkkk..


Catrice Highlighting Eyeshadow ni da lama aku perhatikan sebelum ini tapi bila tengok harga RM14.++ macam sayang jer duit nak beli..hahaha but then bila dah diskaun 50%, terus aku capai. I love this colour a lotttttttttt...


Catrice All Round Concealer Palette ini sebenarnya bukan dalam list aku tapi aku tertanya-tanya kenapa ramai orang ambil dan bila aku tengok di rak tinggal satu je lagi, terus aku ambil..hahahaa.. 

Balik rumah, aku dan kakak aku duk WhatsApp sampai pukul 3 pagi (Walaupun tinggal satu rumah). Betapa teruja sampai duk gossip pasal barang make up sampailah kakak aku ajak lagi serbu hari ini sebab still tak puas hati..hahahahaa..

Maka, datanglah dua beradik seawal 9.50pagi di KBMall dan Gurdian masih tutup you alls..hahaha..terpaksa tunggu.. Bila buka je, terus menuju ke rak barangan kosmetik ihihihi..

45 minit dalam Guardian, aku berjaya laburkan RM25.85 !


Kali ini pun aku beli yang tak pernah aku guna sebelum ini dan still beli lagi Catrice..hahahaa..

1. Cathy Doll Eyebrow : RM8.95

2. Catrice Eyeshadow Primer Base : RM8.95

3. Catrice Eyeshadow : RM7.95


 Since eyeshadow adalah make up wajib aku setiap hari, aku beli this eyeshadow base for the first time. harapnya eyeshadow akan tahan lama lah ye lepas ini.

Arggghhhh!! nak pergi lagiiiiiiii... Oh duit, turunlahhh dari langit..hahahaha..

1 comment:

  1. Fun88 - Play Now | VieCasino.com
    Play Fun88 online fun88 soikeotot casino game by Fun88 for free or with real カジノ シークレット money at Vie Casino. Try your luck on a huge selection betway login of Casino games.

    ReplyDelete