It's all about drugstore's skin care and make up addicted !

Thursday 15 February 2018

[Haul] Valentine's Day Guardian Sales.

 Assalamualaikum,

pada 14/02/2018 yang lepas, aku dan Zue ke KipMall, Bangi untuk baiki cermin mata aku. Sekali tersasar masuk Guardian..hahahaa..

Dari nak beli satu barang, tertambah banyak barang.


Grand total : RM55.25

1. Guardian Cotton Pad : RM10.88

2. Aiken Pimple Cream : RM10.62

3. Aiken Tea Tree Oil : RM15.21

4. Garden of Eden Rosa T Mild Cleanser : RM18.54

Mulanya nak beli cotton pad je, bila lalu di rak yang ada produk Garden of Eden, terkejut aku Rosa T Mild Cleanser ada less. Sebelum ini aku beli RM20.60. Terus aku capai sebab produk Garden of Eden susah sikit nak ada less dan kalau less pun tak sampai 50%. I love it. Harap sangat berkesan untuk oily and acne prone skin type macam aku ni.


Lalu pula dekat rak produk Aiken, aku tertarik tengok kesemua produk Aiken sebab ramai cakap memang menjadi. Means parut jerawat makin pudar dan jerawat susah da nak naik. Tengah syok tengok, tetiba ada pharmacist tegur aku and cakap Aiken memang elok. Dia tengok muka aku then dia cakap, aku memang sesuai... so 'terpaksa' lah beli..



Apa yang aku beli, akan aku kasi review beberapa minggu or bulan selepas aku try okay. Mana ada harini pakai, esok kasi review. pelik. haha

[Haul] CNY Sales 2018 Guardian & Watsons.

 Assalamualaikum,

I am so tired today. Habis kelas pukul 2 petang tadi, aku, Zue dan Zati terus naik bas ke KTM UKM then menuju ke Mid Valley. Niat asalnya nak teman Zati yang nak shopping di Guardian dan Watsons, alih-alih aku pun terjebak sama sebab both drugstores ada sales sempena CNY.



plastik kecil pun tapi still habis seratus lebih..aiyoyoyo.. tapi jimat berganda-ganda la sebab sales besar-besaran.


Ini lah hasil 'menjala' di Guardian dan Watsons. Grand total ialah RM123.46 !

Jom zoom satu persatu starting from Watsons.


Dekat Watsons, aku habiskan RM82.97. Semua ni ada sale 20% 30% 50%

1. Maybelline The Powder Mattes (Touch of Nude) : RM20.93

2. Zact Whitening Toothpaste : RM6.80

3. Revlon ColorStay Make Up (Nude 200) : RM37.95

4. Biore Cleansing Oil : RM17.29




I love this colour so much. Guardian Sales Cosmetics 50% haritu aku tak sempat beli sebab dah habis. Walaupun tak semurah sales haritu, at least ade jugak beberapa % less.


Foundation by Revlon ni actually dah lama gila aku usha tapi tak terbeli. Ternyata ade sebab asyik tertangguh, rupanya hari ini hari yang patut aku beli. Bayangkan dari harga RM75.90, and now RM37.95 !!!


Biore Cleansing Oil ni kali kedua aku beli. Kali pertama beli RM14.76 di Guardian pada 02/02/2018 sempena skin care sales. Kali ini mahal la sikit tapi still murah dari harga asal, RM24.++ ! First time aku pakai, dah jatuh cinta ! sebab tu kena buat stok awal-awal nanti menyesal.


Macam mana aku boleh beli Zact Whitening Toothpaste ? 3 hari lepas, Abah ada pesan minta tolong belikan this toothpaste. Aku terkejut la sebab setahu aku, Zact adalah ubat gigi untuk perokok tapi Abah bukanlah perokok.. Rupanya Abah cakap, ada 2 jenis Zact Toothpaste. Untuk perokok dan untuk orang yang hantu caffeine. Abah cakap, ade promoter yang suggest ubat gigi ni kalau nak gigi putih. Not bad.


Aku try pakai dalam beberapa minggu, kalau ada masa, aku buat review. betul ke gigi jadi putih...? Wait and see.

Okay, next kita zoom barang yang aku beli di Guardian.


Aku habiskan duit aku di Guardian sebanyak RM40.49

1. Simple Wash Gel : RM17.76

2. Guardian Rejuvenate Spa Bath Scrub : RM9.67

3. Biore UV Protection 50+ : RM13.06


I love Simple Facial Wash Gel. Ini adalah pembelian kedua. Kali pertama aku beli pada 20/01/2018 harga RM15.70 lagi murah dari aku beli hari ini tapi hari ini still promosi.


Bukti beli kali kedua. Yang pertama da nak habis..

Mesti korang tertanya-tanya, banyak gila cleanser aku kan? Nanti aku akan buat entri lain (insyaAllah bila rajin) pasal cleanser.


This sunscreen sesuai untuk oily skin type macam aku. Sebelum ini aku beli yang Biore perfect milk yang warna biru tapi yang tu mahal sikit compared this. Lagipun nak try mana yang paling okay untuk kulit muka aku. Kalau yang murah lagi okay, buat apa laburkan duit beli yang mahal. ye dok ?


Aku da lama nak beli scrub badan tapi tertanguh-tangguh dan ini lah masanya beli Guardian Rejuvenate Spa Bath Scrub. Harga murah gila sebab promosi.

penat sebenarnya bila selalu mengejar promosi di drugstor tapi ini adalah hobi aku..hahaha..kadang-kadang aku berdoa biar jarakkan sikit tempoh promosi so that aku sempat cekau duit. bertabahla nak..haha


 Tired but happy face..

Monday 12 February 2018

Skin Care + Make Up ke Kelas Setiap Hari.

Assalamualaikum,

Bingung fikirkan tajuk. Macam pelik pun ada. Tapi harap korang faham lah ye. hehehee..

Sebelum start make up, penjagaan muka adalah SANGAT PENTING supaya tak berlakunya liang pori tersumbat dek foundation la apa la. To be honest, I'm not a flawless skin type person. Jerawat selalu je naik and till now, aku masih mencari jalan penyelesaian.

But, why not kalau aku share rutin harian aku setiap kali sebelum ke kuliah @ kelas. 


Lepas cuci muka + mandi + pakai baju semua tu, I'll make sure that :

1. Spray my face using Bio Essence Miracle Bio Water. Kenapa aku pilih this face mist ? This is because, it has 20 advantages for us. Bukan hanya untuk muka, tapi untuk rambut dan badan. Since aku spray untuk muka, the pros that it has include controls oil, refines pores, whitens and brightens skin, reduces dark circle and eye bags and many more. Korang boleh search Google okay. Apa yang aku boleh cakap, 4 bulan guna Bio Essence Miracle Bio Water, aku tak menyesal repurchased it.

2. Apply toner using cotton pad. Sudah 6 bulan aku setia dengan Simple Toner, baru bulan ini aku beli Aiken Toner dek pengaruh tweets kecantikan. hehe. Bukanlah aku nak curang dengan Simple Toner. To me, I deeply in love with Simple Toner. Why ? sebab sangat sesuai untuk kulit sensitif macam aku ni. Aku tak boleh kasi feedback untuk Aiken Toner lagi sebab baru beberapa hari guna.

3. Apply Naruko Tea Tree Serum. Ini adalah kali pertama aku guna serum dan baru je beli bulan ni. Tapi aku suka gila serum ni sebab lepas pakai je terasa segar je muka. Aku beli serum dari brand Naruko ni sebab as you know, Tea Tree sangat sangat sesuai untuk kulit berjerawat. Its retains oil and inhibits bacteria, water retention and repair, clear acne smoothly and so many more.

4. Apply Nano Fresh White Dark Spot Corrector. pun baru je beli bulan ini yakni bulan Februari 2018. Tak nampak apa-apa perubahan lagi tapi alhamdulillah sesuai dengan kulit muka aku. Actually aku tak tahu sepatutnya produk ni perlu pakai sebelum serum or selepas serum ?

5. Simple Hydrating Light Moisturiser. Hampir 4 bulan setia dengannya. Kalau korang perasan, Simple brand keluarkan 2 jenis moisturiser yakni Simple Hydrating Light Moisturiser dengan Simple Protecting Moisture Cream. Hasil baca reviews, apa yang aku dapat adalah, Simple Hydrating Light Moisturiser adalah sesuai untuk oily skin type while Simple Protecting Moisture Cream adalah sesuai untuk dry skin. Correct me if I'm wrong, okay. But then, setakat ni alhamdulillah, it's work for me. I love use it.

6. Bio Essence Tanaka White Double Whitening Day Cream. Aku beli sejak dari bulan 8 tahun lepas, means 6 bulan berlalu. I love this day cream sebab setelah berbulan apply, kulit muka aku makin cerah dan sekata. Tapi takde la cerah macam orang korea since aku pakai jarang-jarang. 

 kasi zoom sikit takut tak nampak gambar atas tu..hehe

7. Biore UV Perfect Milk. Korang mesti keliru setiap kali nak pilih sunscreen or sunblock, kan? Bila pergi ke rak susunan Biore Brand je dah pening sebab banyak gila Biore keluarkan produk sunscreen or sunblock. Tapi, apa yang aku kaji, this sunscreen is suitable for oily skin. Kalau korang tak pakai sunscreen sebelum ni, after read this, YOU MUST APPLY THIS!! Sunscreen adalah wajib dipakai sebelum keluar berdepan dengan cahaya matahari !! Kalau tak muka cepat tua, berjeragat, parut jerawat makin hitam, kanser kulit ! Nauzubillah. Reapply after 3 or 4 hours.

Okay, kiranya aku lock muka aku sebelum make up by using sunscreen.


Dah skin care, proceed to make up ! Tapi make up yang aku tekankan dalam entri ini hanyalah bahagian muka. Tak fokus pada mata, bibir dll.

1. L'OREAL Lucent Magique Pure Light Primer. primer adalah asas yang wajib bila nak start make up. sebab apa ? sebab nak halang dari clogged pores. Wajib ada okay. Tak kira lah primer bran apa sekali pun. To me, I love this primer. Harga asal dalam RM60.++ if I not mistaken. but then Hermo buat sales tahun lepas. So jadilah RM31.95. WOW! hhehehe..

 kasi zoom sikit.

2. NRC Foundation or Maybelline Fit Me Foundation code 120. Tapi setiap kali ke kelas, biasenye aku pakai Fit Me sebab texture dia ringan sikit compared NRC tapi Fit Me is just medium coverage while NRC is more full coverage. So, bila ada presentation or hari yang penting je aku akan pakai NRC Foundation. (nak jimat..hihi)

3. Pixy Compact Powder or LAKME Rose Powder with suncreen. Dua-dua ni aku jadikan sebagai foundation lock. Nak kasi foundation lebih kemas. Sebelum ni aku guna Pixy tapi sales haritu terbeli LAKME sebab loose powder dan baunya ya ampunnnn....sangat wangi... I love both. Akan aku tukar-tukar ikut kesesuaian hari..hehe

So, that's all... Untuk lipstick yang sumpah banyak nak pengsan, eye make up semua tu akan aku separately with different entry. InsyaAllah, soon.

Hasil dari skin care + make up yang di atas, ini lah hasilnya. Still nampak parut sebab malas nak pakai concealer semua tu. pergi ke kelas je guys, bukan nak pergi photoshoot. (orang lain yang natural beauty pun akan hentam aku pulak..hahaha)



let's go ! confidence is the must ! Bila konfiden, belajar pun semangat. ye dok ?

Sunday 11 February 2018

[Haul] Guardian All Cosmetics Save 50% (8th-11th Feb 2018) Part 2

 Assalamualaikum,

Hari ini dengan selamatnya aku sampai di UKM. Yes, aku pelajar final year dekat sini. hehe. Semalam adalah perjalanan dari Kelantan ke Selangor dengan famili tercinta. Sampai je hotel area Bangi, kakak aku terus ajak pergi Guardian lagi.hahahahahaa...Teruk bebenor perangai kami dua beradik. Terlampau taksub dengan sale.

So, we went to Guardian, Kipmall. Guardian dekat sana a bit small compared dekat KBMall, Kelantan tapi still ramai gila orang berebut barangan kosmetik. ahaha..

Kebanyakan barangan kosmetik dah pun habis. Ape yang sempat aku 'mengail' semalam adalah :


1. LAKME Curling Mascara Eyeconic - RM11.47

2. LAKME Rose Powder with Sunscreen - RM8.52

3. Maybelline Color Jolt Matte - RM12.95

4. Maybelline The Powder Mattes Walnut - RM13.95

Total : RM46.89


Maybelline Color Jolt Matte ni sebenarnya dari hari pertama Guardian 50% sale lagi aku confius nak beli ke tak sebab sebelum ni aku da pernah beli yang code 04 dan sumpah best gila pakai. Rasa ringan je bila pakai. Bibir tak terbeban gitu.. I love this colour.


Maybelline The Powder Mattes code Walnut ni hasil tweets dari hamba Allah yang mengatakan code Walnut is the best and I purchased it. Bila balik hotel, calit dekat bibir, ambil kauuu macam gothic gitu..hahhaa.. Aku tak tahu bilakah hari yang betul2 aku berani nak pakai code ni.


Kalau dengan orang yang berkulit cerah then bibir pink tu maybe lah sesuai bila apply this code tapi untuk aku yang tak berapa cerah dan bibir gelap ni memang tak sesuai. hahaaha. 

Tapi, bila aku gabungkan dua jenis mattes yang berlainan dan code yang berlainan (macam dekat bawah)


Its better for me bila combine. Tapi tengokla bila hari yang sesuai hihihi..

Okay next is,


 LAKME Rose Powder With Sunscreen. Ini adalah kali pertama aku beli dan sebelum ni aku tak pernah beli mana-mana produk dari LAKME brand but then, bila bertapa dekat Guardian lama-lama, I saw this and fall in love with it. Kenapa ? sebab bau bunga mawar. Seriously best gila bau... Dahla aku suka gila bunga mawar..


pagi tadi sebelum bertolak ke UKM, aku pakai this product lepas pakai foundation. Kiranya untuk setting foundation supaya lebih kemas. Apa yang buat aku berpuas hati adalah, seharian aku pakai dengan angkat barang punggah masuk asrama lagi, tapi muka aku still tak bercapuk walaupun berpeluh !! Highly recommended. I love this and will purchase it bila da habis nanti.

Next,


LAKME Curling Mascara Eyeconic. packaging yang menarik. Apa yang buat aku lebih tertarik adalah sebab di kotak tu ada tertulis Intense Black Finish and Smart Curl Brush. Nanti aku pakai and share feedback okay..


Tengok ni, lawa gila packaging. Sangat-sangat maskulin. eh??? takde kena mengena..hahahaa..

Since hari ni adalah hari last sale gila-gila from Guardian, aku berharap, ini adalah entri terakhir untuk Guardian Haul bulan Februari. hahaha.

Friday 9 February 2018

[Review] NRC Perfection Treatment Foundation

 Assalamualaikum,

Kalau korang ternampak iklan NRC foundation ni tapi korang ragu-ragu nak beli ke tak ? menjadi ke ? betul ke full coverage ? jawapannya, YA !! Definitely true. Seriously this foundation antara foundation yang aku sayang gila.


Kalau korang rasa RM89 tu mahal, tapi lepas korang beli, korang takkan menyesal ! Like seriously, tak membazir aku beli. I love it !! Sampaikan sayang nak habiskan. Aku just pakai bila ada event penting, dating ke, presentation ke...hehehehe... Bila pakai confirm level confident tu tinggi. Tak nampak sangat you alls our parut jerawat tu..


Kenapa masih ragu-ragu nak beli ???

p/s : bukannye paid review ke ape. aku bukan orang femes nak paid review bagai. Aku orang kampung yang masih kerdil hehehe.. Ini adalah review yang ikhlas daripada seorang pengguna yang setia.

[Haul] Watsons Member Elite Sale February 2018

Assalamualaikum,

pada 07 Februari 2018 yang lepas, aku dan kakak aku cuci mata di Watsons since drugstore adalah tempat terapi diri kitorang hahaha..

Aku as a Member Elite amatlah teruja sebab ada certain products yang murah berganda-ganda dari orang lain. Macam mana nak jadi Member Elite ? korang kena beli barangan di Watsons sehingga RM1000 ke atas dan automatik akan dinaiktaraf sebagai Member Elite (tapi tunggu email daripada Watsons dulu).


Aku da lama nak Maybelline Age Rewind Concealer ni. Kalau harga asal dalam RM39.++ tapi sale jadi RM31.++ tapi tapi tapi untuk Member Elite, harganya adalah RM25.++ !!!!!

Yeay me. Thank you Watsons.

[Haul] Guardian All Cosmetics Save 50% (8th-11th Feb 2018)

 Assalamualaikum,

I'm pretty sure that all the girls out there are currently crazy with Beauty Days by Guardian including me..ahahaha..

Ceritanya bila aku scroll Twitter pada Rabu malam then kecoh kata Guardian ada buat sales 50% untuk semua barang kosmetik. Aku terus menggelabah dan berdebar mengharapkan dapat join gadis diluar sana serbu Guardian.

Dari page Guardian Malaysia
Untungnya aku dapat seorang kakak yang memahami jiwa. Aku kasi hint sekali je, dia terus on. So, Khamis, 8.00 malam kakak aku bawa pergi KBMall semata-mata nak serbu Guardian.

Mula-mula sampai, tak ramai lagi orang. Bila da nak sejam berlalu, makin ramai orang serbu area barangan kosmetik.


Memang mabuk nak pilih. Bayangkan lahh hampir semua 50%. Tapi aku da ingatkan diri aku, aku hanya boleh laburkan RM50 SAHAJA!! Not more than that. pandai-pandai lah pilih yang terbaik. 

My kakak
Kakak aku pun sama naik hantu. Kitorang saling beri pendapat yang mana terbaik. Nak pilih pun susah since orang makin ramai. Bayangkan hari pertama pun barang da nak habis.

Normal lah kan kalau tengok tangan perempuan macam ni. calit sana sini..hahahaa..

So, setelah sejam lebih bertapa di Guardian, maka, aku laburkan RM50.25 ! Lebih 25sen. Okay, dimaafkan..hahahahaa


Inilah pilihan aku. Maybelline Super Curl je yang aku selalu pakai. Yang lain tu semua first time nak guna. Actually Catrice products adalah produk yang tak pernah aku guna sebelum ini. Tapi since dalam Twitter kebanyakannya diorang share betapa best-nya Catrice, so why not aku cuba. 

So, this is the price lists after 50% discount :

1. Maybelline Super Curl : RM13.95

2. Catrice Lash & Brow Gel : RM8.45

3. Catrice Highlight Pen : RM10.45

4. Catrice Highlight Eyeshadow : RM7.95

5. Catrice Concealer : RM9.45



I love this Catrice Highlight Pen. Dia punya pigmentation tu memang toooorbaikkkk..


Catrice Highlighting Eyeshadow ni da lama aku perhatikan sebelum ini tapi bila tengok harga RM14.++ macam sayang jer duit nak beli..hahaha but then bila dah diskaun 50%, terus aku capai. I love this colour a lotttttttttt...


Catrice All Round Concealer Palette ini sebenarnya bukan dalam list aku tapi aku tertanya-tanya kenapa ramai orang ambil dan bila aku tengok di rak tinggal satu je lagi, terus aku ambil..hahahaa.. 

Balik rumah, aku dan kakak aku duk WhatsApp sampai pukul 3 pagi (Walaupun tinggal satu rumah). Betapa teruja sampai duk gossip pasal barang make up sampailah kakak aku ajak lagi serbu hari ini sebab still tak puas hati..hahahahaa..

Maka, datanglah dua beradik seawal 9.50pagi di KBMall dan Gurdian masih tutup you alls..hahaha..terpaksa tunggu.. Bila buka je, terus menuju ke rak barangan kosmetik ihihihi..

45 minit dalam Guardian, aku berjaya laburkan RM25.85 !


Kali ini pun aku beli yang tak pernah aku guna sebelum ini dan still beli lagi Catrice..hahahaa..

1. Cathy Doll Eyebrow : RM8.95

2. Catrice Eyeshadow Primer Base : RM8.95

3. Catrice Eyeshadow : RM7.95


 Since eyeshadow adalah make up wajib aku setiap hari, aku beli this eyeshadow base for the first time. harapnya eyeshadow akan tahan lama lah ye lepas ini.

Arggghhhh!! nak pergi lagiiiiiiii... Oh duit, turunlahhh dari langit..hahahaha..